Iman dan Akidah

LP3T NURUL FIKRI
RESUME KAJIAN ILMIAH
PEMATERI : ABDUL RAHMAN SEPTU


Assalamua'alaykum wr. Wb
Allah telah berfirman :

"Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan munkar" (Al Ankabut : 45)
Sebuah iman dan akidah seseorang akan dipertanyakan apabila ia rajin ibadah dan melakukan amal-amal soleh lainnya tetapi pada peimplementasiannya sehari-hari sungguh jauh dari yang tergambar dengan ibadah yang ia lakukan, untuk bahasa yang ng-trend pada saat ini yaa bisa di bilang "islam KTP", hehehee yang bisa dibilang seseorang mengaku islam hanya karena terdaftar di KTPnya atau dilembar2 kartu tanda-tanda lainnya, hal seperti ini telah bnyak beredar dikalangan kita, orang banyak mengaku islam tapi solat dan kegiatan ibadah lainnya di nomer 2 kan bahkan di nomer 10 kan dan adapula orang yang cukup lumayan ibadahnya tetapi perbuatan, perkataan dll nya sama sekali tidak mencerminkan kepribadian akhlak yang islami, "na'udzubillahimindzalik".
Hal yang dapat kita lakukan sekarang untuk memberantas hal yang semacam diatas adalah berusaha sekuat tenaga untuk memperbaiki diri kita masing-masing, ada pepatah mengatakan
"jika ingin dihargai oleh orang lain maka hargailah orang lain terlebih dahulu dan jika ingin dicintai orang lain maka cintailah orang lain terlebih dahulu dan lain sebagainya".
Tak lepas dari itu pendidikan moral dan akhlak pun sangat menunjang untuk pembentukan akidah islam yang hakiki. Pendidikan akidah merupakan asas kepada pembinaan Islam pada diri seseorang. Ia merupakan inti kepada amalan Islam seseorang. Seseorang yang tidak memiliki akidah menyebabkan amalannya tidak mendapat pengiktirafan oleh Allah swt. Di bawah ini adalah bahan Kajian ilmiah yang saya buat untuk memenuhi program pesantren TIK, dimana yang isi nya sudah saya rangkum dengan kata lain hanya inti-inti nya saja yang saya tulis dan saya sudah kelompokan menjadi bab-bab inti !! :-)

Definisi
Akidah menurut istilah bermaksud kepercayaan atau keimanan kepada hakikat-hakikat atau nilai-nilai yang mutlak, yang tetap dan kekal, yang pasti dan hakiki, yang kudus dan suci seperti yang diwajibkan yaitu beriman kepada Allah swt, rukun-rukun Iman, rukun-rukun Islam. Menurut Mohd Sulaiman Yasin (1987), Akidah Islam ialah akidah yang bersumberkan ketuhanan (akidah Rabbaniyyah) yang tetap, syumul, menyeluruh dan fitrah.

Mengakui Keesaan Allah SWT
Matlamat utama pendidikan akidah Islam ialah mendidik manusia supaya mengakui keesaan dan ketunggalan Allah swt sebagai tuhan yang wajib disembah. Tiada sekutu bagiNya. Ini dijelakan oleh Allah swt dalam firmanNya yang bermaksud :
"Katakanlah (wahai Muhammad) Dia ialah Allah Yang Maha Esa. Allah menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak dan tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapa yang setara denganNya"
(
Al-Ikhlas : 1-4)
Ayat di atas mendidik manusia supaya mengaku keesaan dan kekuasaan Allah swt. Ayat ini diturunkan di Makkah di awal perkembangan Islam. Oleh kerana akidah merupakan asas kepada kekuatan dan pembinaan Islam sebagai al-Din maka wahyu-wahyu yang terawal yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw menjurus kepada pendidikan Akidah bagi menanam keyakinan yang teguh dalam jiwa manusiatentang keesaan Allah swt.

Membentuk Keperibadian Insan
Melahirkan manusia yang patuh dan tunduk kepada Allah swt .Pendidikan akidah juga penting untuk mendidik manusia supaya patuh dan tunduk kepada kebesaran dan keagongan Allah swt. Sebagaimana acuan dapat membentuk dan mencorakkan air kandungannya maka demikianlah akidah dapat membentuk dan mendidik orang yang mengambilnya menepati dengan hakikat dan tabiat kemanusiaan yang tulen dan asli seperti yang dikehendaki oleh penciptanya. Pendidikan akidah dapat membentuk sifat-sifat nalurinya, akal fikirannya, iradahnya dan perasaannya. Ringkasnya pendidikan akidah bermatlamat untuk membentuk nilai akhlak dan keperibadian seseorang insan yang akan mencorakkan suluk amali atau gerak laku amal perbuatan selaras dengan peranan dan tanggungjawab manusia sebagai khalifah Allah swt di muka bumi ini. Menurut Mohd Sulaiman Yasin (1987), Akidah Islam ialah akidah yang bersumberkan ketuhanan (akidah Rabbaniyyah) yang tetap, syumul, menyeluruh dan fitrah.

Kesan Akidah Islam
Akidah Islam yang telah meresap ke dalam jiwa dan lubuk hati sesseorang akan menimbulkan kesan-kesan positif di antaranya dapat kita gariskan seperti berikut:
Akidah Islam melahirkan seorang yang yakin kepada Allah swt yang maha esa.
Akidah Islam melahirkan Insan Soleh.
Akidah Islam melahirkan Insan yang mempunyai akhlak cemerlang dan terpuji.
Akidah Islam melahirkan Insan dan masyarakat yang teguh pendiriannya.
Akidah Islam membentuk manusia berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan dan mencegah dari kemungkaran.
Akidah Islam yang teguh mampu membawa manusia dan masyarakat maju ke hadapan dalam segala bidang.
Akidah Islam akan melahirkan manusia yang tidak mudah putus asa atau hilang harapan.
Akidah Islam akhirnya melahirkan manusia yang sanggup berjihad ke jalan Allah swt walaupun harta dan nyawa menjadi taruhan.
Akidah Islam yang ada dalam hati umat Islam kini mungkin tidak begitu mantap menyebabkan mereka tidak dapat mencapai kegemilangan sebagaimana umat Islam di zaman Nabi saw dan para Sahabat. Umat Islam pada hari ini begitu rapuh akidahnya. Lantaran itu mereka amat mudah terpengaruh dengan berbagai-bagai unsur negatif. Kemunduran umat Islam kini kerana mereka semakin jauh dari menghayati Akidah Islam yang sebenarnya.

Iman dan Islam
Nabi Muhammad saw telah juga menunjukkan penggunaan kalimah Iman dalam pengertian amal sebagaimana sabdanya yang bermaksud : "Iman terbagi lebih enam puluh bahagian, yang paling tinggi ialah mengucap kalimah "Lailahaillallah" dan yang paling rendah ialah membuang benda-benda yang boleh menyakitkan orang di jalan". (H.R. Muslim)
Oleh yang demikian jelas di sini Iman dan Islam mempunyai hubungan yang rapat dan tidak mungkin dipisahkan. Islam umpama pohon sementara Iman umpama akar sesepohon kayu. Kesuburan dan kekuatan akar pokok tersebut dapat dilihat dengan kesuburan pokok pada daun, ranting dan dahannya. Dalam menjelaskan tentang hubungan Iman dan Islam ini kita petik sebuah hadis sabda Nabi saw kepada rombongan Abdul Qias yang bermaksud: "Aku menyuruh kamu beriman kepada Allah swt yang Maha Esa. Apakah kamu mengerti apa dia yang dikatakan beriman kepada Allah swt yang Maha Esa". Iaitu penyaksian bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah swt yang Maha Esa, tiada sekutu baginya, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat dan menunaikan satu perlima daripada harta rampasan perang".
(Muttafaqun "alaih)

Peringkat-paeringkat Iman
Iman terbahagi kepada lima peringkat:
  • Iman Taqlid iaitu Iman ikutan. Orang yang beriman secara taqlid beramal semata-mata mengikut orang lain. Iman jenis ini merbahaya dan terdedah kepada kesesatan.
  • Iman Ilmu iaitu Iman yang berdasarkan semata-mata kepada ilmu dan fikiran semata-mata dan ia tidak terpahat di dalam hati. Iman pada tahap ini juga terdedah kepada bahaya dan penyelewengan.
  • Iman A'yan iaitu Iman yang dapat dihayati sehingga ke lubuk hati. Iman pada tahap ini dimiliki oleh orang-orang soleh. Seseorang yang beriman pada tahap ini amalannya bertolak dari hati yang ikhlas untuk mencari keredhaan Allah swt. Iman kita juga sekurang-kurangnya berada pada tahap ini.
  • Iman Hak iaitu Iman yang hakiki yang terlepas dari godaan nafsu dan syaitan. Iman pada tahap ini dimiliki oleh golongan muqarrabin. Iman Hakikat iaitu Iman peringkat yang paling tinggi yang boleh dicapai oleh manusia. Mereka yang memiliki Iman pada tahap ini hidup semata-mata untuk Allah swt.

Hakikat Iman dan Akidah
Dalam menjelaskan definisi akidah ada disebut perkataan kepercayaan atau keimanan.
Ini disebabkan Iman merupakan unsur utama kepada akidah”.
Rasululloh SAW bersabda :
"Iman itu ialah mengaku dengan lidah, membenarkan di dalam hati dan beramal dengan anggota".
Walaupun iman itu merupakan peranan hati yang tidak diketahui oleh orang lain selain dari dirinya sendiri dan Allah swt namun dapat diketahui oleh orang melalui bukti-bukti amalan. Iman tidak pernah berkompromi atau bersekongkol dengan kejahatan dan maksiat. Sebaliknya iman yang mantap di dada merupakan pendorong ke arah kerja-kerja yang sesuai dan secucuk dengan kehendak dan tuntutan iman itu sendiri. irman Allah swt yang bermaksud:
Sesungguhnya orang-orang mukmin yang beriman kepada Allah swt dan RasulNya kemudian mereka tidak ragu-ragu". (Al-Hujurat : 15)

Komentar